Twitter

Content

0 comments

:: siapa ? ::


السلام عليكم


"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, janganlah terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu"

Setiap yang dilakukan oleh Maha Pencipta sangatlah tepat. Ada sebabnya Dia mempertemukan kita dengan seseorang dan ada sebab Dia pisahkan hubungan itu. Manusia menunggu dengan penuh sabar akan hikmahNya, termasuk aku. Walaupun hikmah itu tidak datang dalam seminit dua, namun kita sebagai hambaNya harus tetapkan kepercayaan itu dengan tulusnya.

:- Melupakan seseorang yang telah hadir dalam hidup itu tidak senang... 
Read more »
2 comments

:: pengalaman ::

السلام عليكم

Mood untuk mengupdate blog ni masih tiada. Haha! Mungkin bakat penulisan aku dah makin hilang (ceitt, macam la post sebelum ni semua best orang baca. berangan lebih mamat ni)

Sebut pasal pengalaman, banyak yang boleh aku kongsikan. Tambahan, aku rasa lagi ramai orang kat luar tu ada pengalaman lebih banyak dari aku. Hee, apa pun aku nak kongsikan gambar yang aku jumpa dan ambil dengan Executice Chefs semasa belajar di UPM. Semua idola aku, haha!

~ Executive Chef Abdul Kadir Razak ~
Seorang Exec Chef yang sangat baik bagi aku. Sepanjang belajar di UPM, aku akan tanya dia banyak soalan pasal masakan. Dan yang aku hormat, Chef Kadir tak pernah penat jawab soalan aku. Seorang Chef yang banyak sangat pengalaman. Pernah menjadi wakil Malaysia ke Bangkok dan etc, seorang Exec Chef yang sangat merendah diri. Pertandingan yang latest Chef Kadir masuk, Penang Open. Nasihat yang selalu dia bagi, 'Jangan baca buku jerk, buat praktikal. Masakan ni perlukan praktikal. Masak dan masak'.

~ Chef Khairul Azhar Wahid ~
 Salah seorang Chef yang ada di L'apprenti Restaurant UPM. Seorang lagi Chef yang selalu bagi idea untuk aku masak. Masa final hari tu pun, dia bagi idea untuk aku masak dengan cepat. Yup, Chef yang sangat merendah diri. Aku bagi idea dan Chef ni pun bagi idea dia jugak. Result: awesome idea! Seorang Chef yang senang untuk aku tanya dan minta pandangan.

~ Executive Chef Mohd Johari Edrus aka Chef Jo ~
 Haha! Siapa yang tak kenal dengan Chef Jo ni. Ketua juri dalam MasterChef Malaysia. Seorang chef yang sangat otai (dah lama dalam bidang masakan ni). Aku tak belajar pun dari dia, tapi aku hormat cara dia. Okay jerk bila aku nak ambil gambar. Seorang yang teliti dari segi menu dan masakan. 'Nama menu yang dibuat mestilah sesuai dengan masakan', itu nasihat yang dia bagi.

~ Executive Chef Mohd Rashidi Manap ~
Executive Chef di FAMA, Kuala Lumpur yang sangat ceria. Masa pertandingan memasak, fuhh! Chef Rashidi yang paling happening. Tak kisah kalau mintak nak bergambar dengan dia, yang penting kena sebut 'keledek'. Fakta benar: Bila sebut keledek, kita akan senyum. Haha! Ingat lagi masa Chef Rashidi nak keluar kitchen, dia bagitau 'Upload gambar yang dah ambil tu dalam Facebook. Tagged saya'. Haha!

~ Master Chef Sabri Hassan ~
 Lagi satu celebrity chef yang ada di Malaysia. Menjadi pengacara Spice Route di TV3, Jom Rasa di TV1 dan banyak lagi. Master Chef yang ada pengalaman hampir dalam semua benda, dan minat utama Chef ni, hee, motor berkuasa besar. Seorang yang sangat baik, dan selalu bagi kata-kata semangat dekat peserta pertandingan memasak. Mementingkan persembahan dan kualiti makanan yang disediakan.

Tu semua Executice Chefs, Master Chef dan Chef yang sempat aku jumpa masa belajar di UPM. Haha! Tapi banyak lagi Chef yang aku nak jumpa nanti. Oo, namelist chef yang sangat panjang aku kena buat (ala-ala cakap macam Master Yoda dalam Star Wars, hee).
Read more »
2 comments

:: semester berakhir ::

السلام عليكم

Sangat lama menyepi dalam blog. Ada idea nak buat blogpost baru, tapi belum masa lagi. Haha, mungkin ini masa yang sesuai kot. Dah rindu nak tengok pageview blog ni naik balik :]

Semester berakhir. Awal kot, tapi bagi aku jerk la haha! Apa pun, sepanjang satu semester ni, course yang paling best, course penyediaan dan penyajian makanan atau dalam ayat omputih "Food Production and Service". Tema untuk semester ni International Cuisine.

:: awesome classmates ::
36 pelajar - 2 lelaki 34 perempuan. Haha! Macam mana aku boleh masuk kelas food service pun ak tak tahu. Maybe aku malas belajar finance kot kalau aku masuk dalam kelas management.

:: Final Course - Herbs Poached Shrimps with Watermelon and Balsamic Sauce ::
Ada few things yang tak cukup dalam menu ni. Plain. Kat atas watermelon tu, patut ada orange segment. Disebabkan busy yang terlampau, terlupa nak buat. Haih..

:: Final Course - Pan Seared Sea Bass with Tamarind Sauce and Potato Brûlée ::
Lepas berbelas-belas kali aku jumpa dengan Chef untuk bincang tentang masakan apa yang senang untuk dimasak masa final, maka terhasillah course ni. Fusion antara Asian style dengan Western Style.

:: Final Course - Mango mix Vanilla Ice Cream ::
Haha! Nak mix dengan laici tapi masa final, dalam black box tu takde laici. Jadi, kitorang ambil keputusan guna mangga. Disebabkan ais krim ni buat on the spot (hee, tak main la beli ais krim. tak original bak kata lecturer aku), sangat la cepat cair. Terpaksa letak dalam Chinese Bowl instead of letak dalam sudu. Sigh! Chef Jo suka haha!

Tu semua masakan yang kumpulan aku masak untuk final examination. Nak dijadikan cerita, final exam course ni telah dijudge oleh somebody yang satu kelas tidak expect pun. Judge tu:
:: Chef Mohd Johari Edrus a.k.a Chef Jo (MasterChef Malaysia). Bergambar dengan Chef Jo selepas Pertandingan Kemahiran Memasak ::

Haha! Banyak yang aku belajar sepanjang belajar kat UPM ni. Ada yang baik, ada yang buruk. Keputusan di tangan sendiri, pilih yang mana sesuai. Kita ada akal untuk berfikir. Ye dak?

"It's funny. When you know someone, it's like you're taking one long course in who that person is and then when you separated all that stuff become useless."
How I Met Your Mother - Season 5
Read more »
0 comments

:: wordless ::

السلام عليكم
Read more »
0 comments

:: pulau mutiara ::

السلام عليكم

Nak kongsikan apa yang aku buat baru-baru ni. Disebabkan dalam kepala ni banyak sangat maasalah, jadi aku pun buat keputusan nak jalan-jalan tenangkan kepala ni balik. Apa yang aku buat? Hee, jalan-jalan ke Pulau Pinang di utara semenanjung! Yup, itu yang aku buat. Aku suka tengok laut dan langit biru.

:: pantai di Batu Ferengghi ::

:: pantai di Tanjung Bunga ::

Selalu terfikir, kenapa Allah masih lagi bagi peluang untuk aku buat semua ni? Mesti ada sebab dan hanya Dia yang tahu. Haha! Aku nak pergi tengok pantai lagi, tapi kat kawasan Selangor ni aku bukannya pandai sangat. Lagi senang jalan-jalan kat pulau. Tiap-tiap hari aku boleh tengok pantai, langit dan sewaktu dengannya.

Dapat kenal dengan kawan baru bila sampai kat pulau mutiara ni. Anak mommy hidung mancung tu, haha! Tapi ada kat pulau ni tak lama masa aku pergi. Mungkin akan pergi lagi dalam masa terdekat ni, dengan izin Allah. Banyak lagi tempat yang dia nak kenalkan. Pulau Pinang ni ada banyak tempat cantik, tapi kebanyakannya di Balik Pulau. Agak jauh. Sigh.

*Dalam cuti mid-sem ni bulan 4, ada perancangan nak pergi Pulau Pangkor. dan hujung bulan 4 nak pergi Pulau Langkawi. Lepas ni nak kena senaraikan pulau apa yang wajib pergi kat Malaysia ni, haha!
Read more »
0 comments

:: berlari ::

السلام عليكم


Haha! Sebenarnya banyak lagu yang ada dalam otak ni sekarang. Sangat banyak dan sangat susah untuk aku bagi keputusan. Emm. Apa pun, aku dah fikir satu lagu yang aku ingat sampai bila-bila. Tokio Hotel - Monsoon!



Sebab apa aku ingat lagu ni? Salah satunya sebab lirik dia sangat senang dan kedua dalam lirik lagu tu ada banyak sangat maksud. Aku kenal kumpulan ni pun sebab lagu ni. Dan apa yang menarik dalam kumpulan ni, vocalist dan guitarist adalah abang dan adik.
Running through the monsoon~
Read more »
0 comments

:: peristiwa ::

السلام عليكم


Agak susah nak jawab soalan ni, sebab aku pun tak pasti lagu apa yang boleh ingatkan aku tentang event dalam hidup ni. Tengok dalam Music folder, dengar hampir semua lagu dalam folder tu, baru aku boleh bagi keputusan. Lagu yang aku pilih Boyzone - Picture of You!



Bila dengar lagu ni, satu cerita yang ada dalam otak aku. Mr.Bean! Haha. Teringat iklan Mr.Bean dalam TV3, guna lagu ni untuk background music. Kali pertama tengok iklan ni, aku tengah lepak dekat restoran dengan kawan. Dengar lagu ni, terus tertarik. Apa lagi, record lagu tu dalam phone dan bila sampai rumah terus cari dalam internet, haha!
Read more »
0 comments

:: Greek Acropolis Luncheon ::

السلام عليكم

Sebelum ni aku ada post tentang Thai Cuisine, jadi untuk event yang seterusnya aku ingin kongsikan tentang makanan Greek yang aku ada la tolong sikit-sikit untuk main course.

Pertama sekali, event makanan ni akan berlangsung dua minggu sekali. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak rasa pengalaman makan makanan negara luar, bolehlah menabung untuk event ni dan seterusnya. Haha, aku tak menabung pun takpe sebab aku terlibat dalam event ni. Yang menariknya, pensyarah aku sendiri pernah rasa pengalaman makan makanan tu jadi insyaAllah kami akan masak sama macam pensyarah makan sebelum ni. Yang penting, ada Chef Kadir dan Chef Azhar yang akan jaga kami masak. Fuhh! Terbaik la! Sedap, murah dan yang utama berbaloi sebab dapat makan makanan luar negara.

Sedikit sebanyak sejarah tentang masakan Greek ni. Disebabkan Greek ni pernah ditakluki beberapa kuasa kuat sebelum ni contohnya Turki, Sepanyol dan sebagainya jadi masakan ni akan ada unsur-unsur negara luar tersebut.

untuk menu:

The Grand Opening! Mushroom a la grecque, Corn and greek salad.

The Marvelous Exposition! Shrimp,tomato and basil soup.

The Delightful Intermission! Lemon Sorbet!

The Centre Stage! En Papillote Chicken Breast with Stuffed Eggplant and Pilaf Rice.

The Happy Ending! Samolina Halvas and Lemon yogurt cake :)

*
kepada yang berminat, boleh hubungi nombor yang tertera dalam poster biru tu. Dan kalau boleh buat tempahan awal sebab tempat adalah terhad. Untuk tengok event ni lebih lanjut, bolehlah klik link ni : Greek Cuisine
Read more »
0 comments

:: akhirat ::

السلام عليكم

Sebenarnya agak terkejut sebab baru kali pertama baca soalan ni. Ada jugak soalan tanya lagu yang boleh ingatkan seseorang tentang tempat. Dah puas cari dalam folder lagu, akhirnya jumpa satu lagu yang aku suka dengar. Far East - Menanti di Barzakh.



Aku penat, tapi Allah masih lagi berikan aku peluang. Jadi aku takkan sia-siakan peluang yang Allah bagi untuk teruskan dan nikmati kehidupan yang Dia berikan. Aku tak sabar nak jumpa dengan Tuhan yang ciptakan aku, tapi pada masa yang sama aku belum bersedia. Kuatkan semangat hambaMu ni untuk redha dengan keputusanMu, Ya Allah.
Read more »
0 comments

:: seseorang ::

السلام عليكم

Jom, teruskan sesi cabaran lagu yang seterusnya. Satu lagu yang boleh ingatkan aku dengan seseorang. Err, banyak lagu yang ada dalam kotak fikiran aku ni sekarang. Tapi dah puas fikir, aku dengan senang hatinya memilih lagu Yuna - After Midnight!



Lagu ni sangat bermakna dalam hidup aku. Yup, setiap kali dengar lagu ni pasti aku akan teringatkan seseorang. Tak tipu tentang perasaan tu. Apa yang penting, aku doakan semoga si dia dilindungi Allah sepanjang masa, insyaAllah.
Read more »
0 comments

:: lagu sedih ::

السلام عليكم


Ada jugak soalan yang berkaitan dengan perasaan sedih ni. Haih. Takpe, dah janji dengan diri sendiri akan terima cabaran 30 hari mencari lagu ni. Jadi, lagu yang boleh buat aku sedih ialah *drumroll please, haha!

Westlife - Soledad. Lagu Soledad ni yang aku layan, yang lain tak ikut aku punya genre. Hee.



Kali pertama dengar lagu ni pun, masa buat presentation dalam kelas. Ada pelajar yang buat English presentation guna lagu ni sebagai background music.
Terus suka dengar lagu ni sampai sekarang, haha!
Read more »
0 comments

:: kekal ::

السلام عليكم
Aku terjumpa post ni masa sibuk bertumblr. Sangat mendalam maksud ayat tu. Semua takkan kekal kecuali yang Maha Esa. Yup, semua orang akan tinggalkan dunia ni tapi semuanya bergantung kepada kehendakNya. Kita hanya mampu berserah dengan semua tu.

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

"Dream as if you'll live forever". Cuba untuk fahami apa yang Dia cuba sampaikan. Akan ada hikmah di satu hari nanti, insyaAllah. Sentiasa bersyukur dengan peluang yang Allah berikan kerna peluang itu mungkin tiada untuk esok.
Read more »
0 comments

:: berdansa ::

السلام عليكم

Lagi soalan tentang lagu yang aku nak kongsikan. Sangat banyak lagu yang boleh buat aku gembira, senyum sampai tak ingat dunia. Yang penting, lagu tu tak perlu rancak kot. Lagu yang bergenre perlahan pun dah cukup untuk buat aku senyum.

Jadi konklusi untuk soalan ni, aku pilih Michael Bublé - Sway!



Lagu yang dia nyanyikan dengan suara tu, dah sama macam lagu lama. Suara dia sangat unik dan aku percaya penyanyi sekarang tak banyak yang ada suara macam tu. Make me sway
Read more »
0 comments

:: kongsi ::


السلام عليكم

Goggle punya Google, aku ada terbaca satu artikel tentang cabaran yang ada kaitan lagu. buat post dalam masa 30 hari dan setiap post tu berbeza tajuk. disebabkan aku ni bukannya kilang nak proses idea untuk buat post baru jadi aku ambil keputusan nak sahut cabaran ni. Bak kata Barney Stinson, "Challenge accepted!"

Lagu yang paling aku suka buat masa ni sangat banyak. Tapi aku kena pilih satu lagu untuk siapkan task yang pertama ni. Tengok folder lagu yang lebih 1000 lagu, aku dengan senang hatinya memilih lagu Ne-Yo - One in a Million.



Merupakan seorang penyanyi pop dan R&B, penari dan juga pelakon. Sangat berbakat! Dan yang aku tahu, dia merupakan seorang penari yang profesional. Gaya menari tak sama macam artis R&B dan pop yang lain. Haha, suka sangat sampai aku punya Call-Me-Tones pun lagu ni.
Read more »
0 comments

:: lompat-lompat ::

السلام عليكم
Selesai sudah event pertama untuk kelas FSM3004 hari Rabu minggu lepas. Badan sakit-sakit, sama macam kepala ni. Syukur, sakit kepala ni hilang sikit lepas makan ubat. Sekarang, secara rasminya aku merupakan salah seorang yang sangat sukakan pain killer.

Jumlah tetamu yang hadir untuk event tu tidak mencapai sasaran yang Lecturer tetapkan. Maaflah, ini mungkin disebabkan kegagalan aku sebagai ketua promosi event ni. Haih, kering poket ni keluarkan duit untuk promosi tapi tak ramai yang pergi. Walau apa pun, yang penting pengalaman yang aku dapat. Haha! Dah rasa macam salesman pun ada.

*err, aku rasa memang aku salesman pun masa buat promosi event tu. Sekarang aku tahu macam mana perasaan seorang salesman apabila apa yang mereka terangkan tidak dapat menarik minat orang ramai.

Tugas lain aku kena buat masa event tu, menu card. Nak tengok macam mana menu card yang aku buat dalam satu malam?

Syukur dapat siapkan menu card sebelum event tu mula. Ambil masa 2,3 jam untuk siapkan benda ni. Berbaloi sebab dapat kelulusan Chef dan Lecturer kelas tu.

Event pertama dah habis. Dan sekarang fokus untuk event kedua iaitu Greek Cuisine. Untuk event ni, InsyaAllah aku akan masak main course. yeah!
Read more »
0 comments

:: Authentic Thai Cuisine ::


السلام عليكم

ada apa dengan tajuk ni? hee, nanti aku cerita lebih lepas tengok poster kat bawah ni okay.


Untuk semester ni, masih lagi ambil satu kursus yang ada kaitan dengan masakan. Nama: Kursus Penyediaan Makanan dan Perkhidmatan. Semester lepas dah ambil satu kursus dan hampir sama dengan kursus semester ni. Yang berbeza, semester ni pelajar yang masak dan pelajar jugak yang kena jual masakan tu. hee! Tak sama macam semester sebelum ni, lepas masak terus makan.

cerita lebih: setiap dua minggu akan ada tema dan menu yang baru pelajar kena buat. Jadi, untuk event yang pertama ialah Thai Cuisine. Seterusnya Bugis Cuisine, Spain Cuisine, Greece Cuisine dan etc. Untuk event pertama ni, kepada sesiapa yang berminat untuk makan masakan Thai yang pedas, sedap mengancam, masam, manis, bolehlah buat tempahan untuk tempat duduk. Bayar RM25 untuk 5 courses, appetizers sampai la ke dessert. Murah, sedap dan berbaloi!! haha!~

untuk menu:

Deep Fried Fish Cakes with Green Beans and Papaya Salad. A clean, white fish used to make the fillets combined with the sauce to give a not-too spicy flavors to customers. Served with fresh papaya with some roasted peanut on top to give crispiness.

Chicken, Coconut and Galangal Soup. Chicken slices combined with mushrooms, coconut milk and other ingredients will give you truly new experience in flavors.

Thai Chicken Green Curry with Stir Fried Mixed Vegetables served with white rice. Truly new sensation in flavors by introducing different curry paste than usual. A perfectly mouth-watering main course together with different vegetables in different sauces and stock. Served with white rice.

Black Sticky Rice. A must-have black sticky rice served with taro and hint of coconut milk to give extra flavors.

Mango Sorbet. A frozen dessert made from mango served with fresh mango and finished with mint leaves.

*kepada yang berminat boleh membuat tempahan awal dengan hubungi saya di 0133132117 atau Lih Jie di
0176199816 selewat-lewatnya hari Selasa minggu depan, 6hb Mac 2012. Event ni akan diadakan di L'apprenti Restaurant UPM berdekatan dengan Banquet Hall UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.

*untuk tengok event ni dalam Facebook, boleh klik Authentic Thai Cuisine.
Read more »
0 comments

:: berlari ke syurga ::

السلام عليكم
Dah lama aku tinggalkan blog ni. Berhabuk, bersawang macam sarang labah-labah. Masih lagi diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk membuka mata, melihat dunia yang telah Dia ciptakan. Dunia yang sangat indah di mata aku.

Sesungguhnya, banyak yang dah berlaku dalam satu dua minggu ni. Dan dalam satu dua minggu ni jugak, banyak perasaan dan pengalaman yang aku lalui. Mematangkan diri dalam semua aspek. Cuba untuk tenangkan diri dan hati.


Teringat kata-kata Jenny dalam cerita Forrest Gump, "Just if you're ever in trouble, don't try to be brave. You just run okay? Just run away".
Read more »
1 comments

:: doaku padaMu ::

السلام عليكم

Ya Allah,
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb.
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku.
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang neraka Mu.
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan.

Maka, aku meminta padaMu seseorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam keidupannya keranaMu.

Ya Allah,
wahai Tuhan yan memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan.
dan jadikan hikmah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain.
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat.
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku.

aku terbaca dalam satu artikel, lupa nama artikel tersebut. tetapi apa yang ada dalam setiap artikel tu maksud yang sangat mendalam. yup! ramai yang fikirkan tentang apa yang Allah dah rancangkan untuk diri kita sepanjang hidup ni. ingatlah, setiap apa yang Allah rancangkan akan ada hikmahnya. mungkin dalam masa terdekat dan mungkin juga hikmahnya hanya di akhirat.

betulkan diri kita sebelum kita betulkan orang lain. aku bukannya seorang yang baik, malah sangat jauh perangai aku jika dibandinkan dengan lelaki lain. aku ada impian yang banyak dan salah satunya ingin ke satu tempat dan hasrat ni da lama aku pendam. berharap agar diberi peluang setelah semester aku di UPM ni tamat.

nota-kaki: "yang kan selalu ku janji bersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba". sangat tersirat dan mendalam maksud ayat tu :)


Read more »
0 comments

:: kerja 24/7 ::

السلام عليكم

sebagai manusia, kita tidak pernah putus dengan rezeki yang Maha Esa berikan. bukan hanya rezeki, dugaan juga selalu diberikan olehNya untuk mengetahui samada kita benar-benar beriman dengan apa yang diberikan. minggu ni, sangat banyak kerja yang kena siapkan.

1. ujian statistik pagi esok. banyak yang nak kena baca tapi satu pun belum. tutorial, haih.
2. report 'management system' yang nak kena hantar esok.
3. report penyediaan makanan yang kena hantar pada hari jumaat.
4. draft untuk kelas english kena hantar sebelum hari jumaat.
5. ujian 'english writing' pada hari jumaat malam.

semua kerja yang nak kena buat dan hantar '0% out of 100%'. haha! sangat banyak tapi aku masih ada masa untuk update blog ni. tension, frust, sakit kepala, sakit dada, demam, batuk. haha! dah rasa macam pelajar yang buat 'final year project'.

kenapa aku diberi ujian seberat ini?
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
- Surah Al-Baqarah ayat 286

perlukah aku frust? tension?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman"
- Surah Al-Imran ayat 139

bagaimana harus aku menghadapinya?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


Read more »
1 comments

:: Jumaat penghulu segala hari ::

السلام عليكم

hari Jumaat tiba lagi, dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas, menikmati hidup yang telah Maha Esa ciptakan. diari hidup aku masih panjang dan aku akan gunakan apa yang aku ada sekarang sebanyak yang mungkin. "Lets make it the best day ever because you will never know what will happen tomorrow".

apa yang menarik tentang hari Jumaat?
1. Jumaat dinamakan sebagai 'Saiyyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari.
2. Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat.
3. Pada hari inilah Adam diciptakan oleh Maha Esa dan pada hari yang sama Adam dikeluarkan dari syurga ke bumi.
4. Pada hari ini juga kiamat akan berlaku.
5. Pada hari ini juga tidaklah seseorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.
sumber: Lakaran Kata

sangat banyak maksud tersirat yang ada pada hari Jumaat. sebagai kaum Adam, pada hari inilah adanya solat Jumaat yang hanya dilakukan sehari seminggu pada hari Jumaat. khutbah dan solat dua raka'at menggantikan solat Zohor.


teringat semasa berada di Labuan. pergi ke masjid untuk solat Jumaat. awal, azan Zohor jam 12. dan itu kali pertama aku mendengar khutbah selama 15minit dari awal sampai akhir. Mukmin dalam 40 lebih. Dah sampai kat rumah, cepat-cepat 'on' tv. haha! baru azan di Semenanjung bah.
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita bukanlah satu kesalahan yang besar

Something

“Don’t waste your energy worrying about the things you can’t control. Take a step back and look at the things that are in your control and be thankful for what you have instead of wanting what you don’t have. It’s all about perspective.”

Followers