السلام عليكم
ada apa dengan tajuk ni? hee, nanti aku cerita lebih lepas tengok poster kat bawah ni okay.

Untuk semester ni, masih lagi ambil satu kursus yang ada kaitan dengan masakan. Nama: Kursus Penyediaan Makanan dan Perkhidmatan. Semester lepas dah ambil satu kursus dan hampir sama dengan kursus semester ni. Yang berbeza, semester ni pelajar yang masak dan pelajar jugak yang kena jual masakan tu. hee! Tak sama macam semester sebelum ni, lepas masak terus makan.
cerita lebih: setiap dua minggu akan ada tema dan menu yang baru pelajar kena buat. Jadi, untuk event yang pertama ialah Thai Cuisine. Seterusnya Bugis Cuisine, Spain Cuisine, Greece Cuisine dan etc. Untuk event pertama ni, kepada sesiapa yang berminat untuk makan masakan Thai yang pedas, sedap mengancam, masam, manis, bolehlah buat tempahan untuk tempat duduk. Bayar RM25 untuk 5 courses, appetizers sampai la ke dessert. Murah, sedap dan berbaloi!! haha!~
untuk menu:
*kepada yang berminat boleh membuat tempahan awal dengan hubungi saya di 0133132117 atau Lih Jie di 0176199816 selewat-lewatnya hari Selasa minggu depan, 6hb Mac 2012. Event ni akan diadakan di L'apprenti Restaurant UPM berdekatan dengan Banquet Hall UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
*untuk tengok event ni dalam Facebook, boleh klik Authentic Thai Cuisine.
0 comments:
Post a Comment