Twitter

Content

Saturday, September 18, 2010

:: diari 12 september ::


السلام عليكم

perjalanan yang sangat panjang pada 12 September. Kenapa aku cakap panjang? sebab idea yang entah betul ke tak, ada dalam otak aku pagi 12 September tu. haha! perangai aku ni sangat susah orang lain nak faham termasuk aku. sigh.. tapi apa yang best, idea ni ada dalam otak dan aku takkan sia-siakan idea ni :)

jumpa dengan kawan baik aku, cik anis juwairiyah kat Sungai Petani, hantar adik aku ke matrik Perak, singgah di Cameron Highland dan pandu kereta naik bukit pukul 2 pagi. haha! sangat best bila aku ingat apa yang aku dah buat. "push to the limit", itu aku punya motivasi di pagi hari sebelum jadikan idea ni realiti, haha! bangun pagi, terus buat keputusan nak pandu kereta ke Sungai Petani jumpa dengan kawan sebelum dia nak balik Kuantan. tak sarapan sebab teruja nak buat idea yang agak tak masuk akal ni, haha. 8 jam dalam kereta, berhenti untuk isi minyak, sambung perjalanan ke Sungai Petani. 110km/j sepanjang lebuhraya PLUS, aku sampai dalam pukul 3 petang.

kali kedua aku guna jalan Simpang Pulai nak ke utara. malas nak guna Lebuhraya Pantai Timur sebab tak biasa dan orang yang pandu lori kat jalan tu sangat menakutkan, haih. kecut perut aku ni tengok lori laju-laju. kali kedua pun, aku masih takut sebab jalan tu tak rata. dah sampai, terus makan dan minum kat Old Town White Coffee, Tesco Sungai Petani. tunggu mesej yang aku hantar. sejam aku tunggu, cik anis balas aku punya mesej suruh lepak kat Tesco tu lama sikit.

nota kepada cik anis: seronok aku tengok muka hang terkejut. dah buat hang kena "heart attack" di hari raya ketiga sebab perangai aku ni yang agak susah nak faham. hang bukan kenal aku dua tiga hari okay. "sometimes joke can turn into reality if we really want to change it". harap hang gembira tengok muka aku tiba-tiba ada kat Sungai Petani :)

pukul 5.30 aku sambung perjalanan balik ke kelantan. dan satu benda yang aku tak pernah fikir dalam otak ni sepanjang hari tu. 'trafic' sangat teruk sebab dah ramai orang utara nak balik Kuala Lumpur guna PLUS dan aku salah seorang yang akan gunakan PLUS nak ke Simpang Pulai. plaza tol Juru ke 'exit' Simpang Pulai biasanya sejam tapi kali ni 5 jam! sigh!! dah panas kereta ni, minyak pun nak habis. terpaksa berhenti kat Hentian Rehat Sungai Perak. ramai yang berhenti kat hentian tu. terpandang 'led board' yang ada ayat "kesesakan di Hentian Sungai Perak. Sila teruskan perjalanan anda". okay, sangat ramai berhenti kat situ dan aku terpaksa berhenti untuk isi minyak. lelap mata dalam sejam, tukar 'contact lens' yang baru dan sambung perjalanan.

menakutkan, teruja. itu perasaan aku bila keluar dari simpang ke Simpang Pulai. sebelum ni pandu kereta ikut jalan Simpang Pulai cuma 1 1/2 jam, tapi malam tu 3 jam. kuatkan hati ni, tinggikan 'volume', dan tak pandang cermin belakang pun sepanjang atas bukit tu. haha!



salah satu gambar yang aku tangkap kat Cameron Highland pukul 3 pagi. sangat suka pemandangan waktu malam kat sini sebab lampu yang sangat banyak ada dalam kawasan tanaman atas bukit ni. sangat cantik dan insyaAllah, kalau aku masih ada peluang pandu kereta kat sini waktu malam, aku akan tangkap gambar banyak-banyak, haha! Alhamdulillah, selamat sampai Kelantan pukul 7 pagi. sangat penat, tertidur dalam kereta sampai tengah hari, haha!

nota-kaki: 'sometimes its fine to turn the bad ideas into something goods. Because without bad ideas, then good memories will never exist' :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita bukanlah satu kesalahan yang besar

Something

“Don’t waste your energy worrying about the things you can’t control. Take a step back and look at the things that are in your control and be thankful for what you have instead of wanting what you don’t have. It’s all about perspective.”

Followers