Twitter

Content

0 comments

:: siapa ? ::


السلام عليكم


"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, janganlah terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu"

Setiap yang dilakukan oleh Maha Pencipta sangatlah tepat. Ada sebabnya Dia mempertemukan kita dengan seseorang dan ada sebab Dia pisahkan hubungan itu. Manusia menunggu dengan penuh sabar akan hikmahNya, termasuk aku. Walaupun hikmah itu tidak datang dalam seminit dua, namun kita sebagai hambaNya harus tetapkan kepercayaan itu dengan tulusnya.

:- Melupakan seseorang yang telah hadir dalam hidup itu tidak senang... 
Read more »
1 comments

:: pengalaman ::

السلام عليكم

Mood untuk mengupdate blog ni masih tiada. Haha! Mungkin bakat penulisan aku dah makin hilang (ceitt, macam la post sebelum ni semua best orang baca. berangan lebih mamat ni)

Sebut pasal pengalaman, banyak yang boleh aku kongsikan. Tambahan, aku rasa lagi ramai orang kat luar tu ada pengalaman lebih banyak dari aku. Hee, apa pun aku nak kongsikan gambar yang aku jumpa dan ambil dengan Executice Chefs semasa belajar di UPM. Semua idola aku, haha!

~ Executive Chef Abdul Kadir Razak ~
Seorang Exec Chef yang sangat baik bagi aku. Sepanjang belajar di UPM, aku akan tanya dia banyak soalan pasal masakan. Dan yang aku hormat, Chef Kadir tak pernah penat jawab soalan aku. Seorang Chef yang banyak sangat pengalaman. Pernah menjadi wakil Malaysia ke Bangkok dan etc, seorang Exec Chef yang sangat merendah diri. Pertandingan yang latest Chef Kadir masuk, Penang Open. Nasihat yang selalu dia bagi, 'Jangan baca buku jerk, buat praktikal. Masakan ni perlukan praktikal. Masak dan masak'.

~ Chef Khairul Azhar Wahid ~
 Salah seorang Chef yang ada di L'apprenti Restaurant UPM. Seorang lagi Chef yang selalu bagi idea untuk aku masak. Masa final hari tu pun, dia bagi idea untuk aku masak dengan cepat. Yup, Chef yang sangat merendah diri. Aku bagi idea dan Chef ni pun bagi idea dia jugak. Result: awesome idea! Seorang Chef yang senang untuk aku tanya dan minta pandangan.

~ Executive Chef Mohd Johari Edrus aka Chef Jo ~
 Haha! Siapa yang tak kenal dengan Chef Jo ni. Ketua juri dalam MasterChef Malaysia. Seorang chef yang sangat otai (dah lama dalam bidang masakan ni). Aku tak belajar pun dari dia, tapi aku hormat cara dia. Okay jerk bila aku nak ambil gambar. Seorang yang teliti dari segi menu dan masakan. 'Nama menu yang dibuat mestilah sesuai dengan masakan', itu nasihat yang dia bagi.

~ Executive Chef Mohd Rashidi Manap ~
Executive Chef di FAMA, Kuala Lumpur yang sangat ceria. Masa pertandingan memasak, fuhh! Chef Rashidi yang paling happening. Tak kisah kalau mintak nak bergambar dengan dia, yang penting kena sebut 'keledek'. Fakta benar: Bila sebut keledek, kita akan senyum. Haha! Ingat lagi masa Chef Rashidi nak keluar kitchen, dia bagitau 'Upload gambar yang dah ambil tu dalam Facebook. Tagged saya'. Haha!

~ Master Chef Sabri Hassan ~
 Lagi satu celebrity chef yang ada di Malaysia. Menjadi pengacara Spice Route di TV3, Jom Rasa di TV1 dan banyak lagi. Master Chef yang ada pengalaman hampir dalam semua benda, dan minat utama Chef ni, hee, motor berkuasa besar. Seorang yang sangat baik, dan selalu bagi kata-kata semangat dekat peserta pertandingan memasak. Mementingkan persembahan dan kualiti makanan yang disediakan.

Tu semua Executice Chefs, Master Chef dan Chef yang sempat aku jumpa masa belajar di UPM. Haha! Tapi banyak lagi Chef yang aku nak jumpa nanti. Oo, namelist chef yang sangat panjang aku kena buat (ala-ala cakap macam Master Yoda dalam Star Wars, hee).
Read more »
2 comments

:: semester berakhir ::

السلام عليكم

Sangat lama menyepi dalam blog. Ada idea nak buat blogpost baru, tapi belum masa lagi. Haha, mungkin ini masa yang sesuai kot. Dah rindu nak tengok pageview blog ni naik balik :]

Semester berakhir. Awal kot, tapi bagi aku jerk la haha! Apa pun, sepanjang satu semester ni, course yang paling best, course penyediaan dan penyajian makanan atau dalam ayat omputih "Food Production and Service". Tema untuk semester ni International Cuisine.

:: awesome classmates ::
36 pelajar - 2 lelaki 34 perempuan. Haha! Macam mana aku boleh masuk kelas food service pun ak tak tahu. Maybe aku malas belajar finance kot kalau aku masuk dalam kelas management.

:: Final Course - Herbs Poached Shrimps with Watermelon and Balsamic Sauce ::
Ada few things yang tak cukup dalam menu ni. Plain. Kat atas watermelon tu, patut ada orange segment. Disebabkan busy yang terlampau, terlupa nak buat. Haih..

:: Final Course - Pan Seared Sea Bass with Tamarind Sauce and Potato Brûlée ::
Lepas berbelas-belas kali aku jumpa dengan Chef untuk bincang tentang masakan apa yang senang untuk dimasak masa final, maka terhasillah course ni. Fusion antara Asian style dengan Western Style.

:: Final Course - Mango mix Vanilla Ice Cream ::
Haha! Nak mix dengan laici tapi masa final, dalam black box tu takde laici. Jadi, kitorang ambil keputusan guna mangga. Disebabkan ais krim ni buat on the spot (hee, tak main la beli ais krim. tak original bak kata lecturer aku), sangat la cepat cair. Terpaksa letak dalam Chinese Bowl instead of letak dalam sudu. Sigh! Chef Jo suka haha!

Tu semua masakan yang kumpulan aku masak untuk final examination. Nak dijadikan cerita, final exam course ni telah dijudge oleh somebody yang satu kelas tidak expect pun. Judge tu:
:: Chef Mohd Johari Edrus a.k.a Chef Jo (MasterChef Malaysia). Bergambar dengan Chef Jo selepas Pertandingan Kemahiran Memasak ::

Haha! Banyak yang aku belajar sepanjang belajar kat UPM ni. Ada yang baik, ada yang buruk. Keputusan di tangan sendiri, pilih yang mana sesuai. Kita ada akal untuk berfikir. Ye dak?

"It's funny. When you know someone, it's like you're taking one long course in who that person is and then when you separated all that stuff become useless."
How I Met Your Mother - Season 5
Read more »
0 comments

:: wordless ::

السلام عليكم
Read more »
0 comments

:: pulau mutiara ::

السلام عليكم

Nak kongsikan apa yang aku buat baru-baru ni. Disebabkan dalam kepala ni banyak sangat maasalah, jadi aku pun buat keputusan nak jalan-jalan tenangkan kepala ni balik. Apa yang aku buat? Hee, jalan-jalan ke Pulau Pinang di utara semenanjung! Yup, itu yang aku buat. Aku suka tengok laut dan langit biru.

:: pantai di Batu Ferengghi ::

:: pantai di Tanjung Bunga ::

Selalu terfikir, kenapa Allah masih lagi bagi peluang untuk aku buat semua ni? Mesti ada sebab dan hanya Dia yang tahu. Haha! Aku nak pergi tengok pantai lagi, tapi kat kawasan Selangor ni aku bukannya pandai sangat. Lagi senang jalan-jalan kat pulau. Tiap-tiap hari aku boleh tengok pantai, langit dan sewaktu dengannya.

Dapat kenal dengan kawan baru bila sampai kat pulau mutiara ni. Anak mommy hidung mancung tu, haha! Tapi ada kat pulau ni tak lama masa aku pergi. Mungkin akan pergi lagi dalam masa terdekat ni, dengan izin Allah. Banyak lagi tempat yang dia nak kenalkan. Pulau Pinang ni ada banyak tempat cantik, tapi kebanyakannya di Balik Pulau. Agak jauh. Sigh.

*Dalam cuti mid-sem ni bulan 4, ada perancangan nak pergi Pulau Pangkor. dan hujung bulan 4 nak pergi Pulau Langkawi. Lepas ni nak kena senaraikan pulau apa yang wajib pergi kat Malaysia ni, haha!
Read more »
0 comments

:: berlari ::

السلام عليكم


Haha! Sebenarnya banyak lagu yang ada dalam otak ni sekarang. Sangat banyak dan sangat susah untuk aku bagi keputusan. Emm. Apa pun, aku dah fikir satu lagu yang aku ingat sampai bila-bila. Tokio Hotel - Monsoon!



Sebab apa aku ingat lagu ni? Salah satunya sebab lirik dia sangat senang dan kedua dalam lirik lagu tu ada banyak sangat maksud. Aku kenal kumpulan ni pun sebab lagu ni. Dan apa yang menarik dalam kumpulan ni, vocalist dan guitarist adalah abang dan adik.
Running through the monsoon~
Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita bukanlah satu kesalahan yang besar

Something

“Don’t waste your energy worrying about the things you can’t control. Take a step back and look at the things that are in your control and be thankful for what you have instead of wanting what you don’t have. It’s all about perspective.”

Followers