Twitter

Content

Thursday, November 4, 2010

:: karaoke di library ::


السلام عليكم
Aku buat post ni khas untuk brother yang lepak kat sebelah meja masa aku belajar kat perpustakaan UPM.

Sesungguhnya andalah satu-satunya penyanyi yang mempunyai bakat yang terpendam di dalam diri anda. Suara anda sangat sedap, sesedap ais kepal perisa strawberry dan vanilla. Suara anda sangat merdu, lunak, sedap, menghantui kalbu dan jiwa setiap pelajar UPM yang sedang belajar dalam perpustakaan ni.

Ingin aku kongsikan komen-komen dan cadangan aku sendiri:

1. Apa kes brother ni! Suara sedap ala-ala M Nasir aku tak kisah sangat. Kau ada suara macam tu, nak menyanyi dalam perpustakaan, dalam tandas, kat tempat awam aku tak ambil kisah.

2. Akan ada peraturan baru di perpustakaan UPM. Anda boleh menyanyi di mana2 tempat di dalam perpustakaan, di hujung-hujung rak buku hatta kat bawah tanah. Pastikan anda memakai earphone, supaya segala komen yang peminat luahkan dan suarakan, anda boleh abaikan.

3. Jika ada pelajar UPM yang gila nak menyanyi, nak lepas geram menyanyi bolehlah anda pergi ke perpustakaan UPM. Percuma, tidak perlu bayar apa-apa pun. Anda akan terkenal dengan serta merta kerana akan ada pelajar yang 'memuji' suara anda yang 'tidak menganggu' pelajar lain yang nak belajar.

nota-telapak-kaki: post ini telah di'post'kan oleh pelajar UPM yang keliru tentang peraturan menggunakan perpustakaan UPM. Aku nak kata kau bodoh, tak boleh sebab kau pelajar universiti. Mestilah pandai membaca peraturan yang ada.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita bukanlah satu kesalahan yang besar

Something

“Don’t waste your energy worrying about the things you can’t control. Take a step back and look at the things that are in your control and be thankful for what you have instead of wanting what you don’t have. It’s all about perspective.”

Followers