السلام عليكم
Mood untuk mengupdate blog ni masih tiada. Haha! Mungkin bakat penulisan aku dah makin hilang (ceitt, macam la post sebelum ni semua best orang baca. berangan lebih mamat ni)
Sebut pasal pengalaman, banyak yang boleh aku kongsikan. Tambahan, aku rasa lagi ramai orang kat luar tu ada pengalaman lebih banyak dari aku. Hee, apa pun aku nak kongsikan gambar yang aku jumpa dan ambil dengan Executice Chefs semasa belajar di UPM. Semua idola aku, haha!
~ Executive Chef Abdul Kadir Razak ~
Seorang Exec Chef yang sangat baik bagi aku. Sepanjang belajar di UPM, aku akan tanya dia banyak soalan pasal masakan. Dan yang aku hormat, Chef Kadir tak pernah penat jawab soalan aku. Seorang Chef yang banyak sangat pengalaman. Pernah menjadi wakil Malaysia ke Bangkok dan etc, seorang Exec Chef yang sangat merendah diri. Pertandingan yang latest Chef Kadir masuk, Penang Open. Nasihat yang selalu dia bagi, 'Jangan baca buku jerk, buat praktikal. Masakan ni perlukan praktikal. Masak dan masak'.
~ Chef Khairul Azhar Wahid ~
Salah seorang Chef yang ada di L'apprenti Restaurant UPM. Seorang lagi Chef yang selalu bagi idea untuk aku masak. Masa final hari tu pun, dia bagi idea untuk aku masak dengan cepat. Yup, Chef yang sangat merendah diri. Aku bagi idea dan Chef ni pun bagi idea dia jugak. Result: awesome idea! Seorang Chef yang senang untuk aku tanya dan minta pandangan.
~ Executive Chef Mohd Johari Edrus aka Chef Jo ~
Haha! Siapa yang tak kenal dengan Chef Jo ni. Ketua juri dalam MasterChef Malaysia. Seorang chef yang sangat otai (dah lama dalam bidang masakan ni). Aku tak belajar pun dari dia, tapi aku hormat cara dia. Okay jerk bila aku nak ambil gambar. Seorang yang teliti dari segi menu dan masakan. 'Nama menu yang dibuat mestilah sesuai dengan masakan', itu nasihat yang dia bagi.
~ Executive Chef Mohd Rashidi Manap ~
Executive Chef di FAMA, Kuala Lumpur yang sangat ceria. Masa pertandingan memasak, fuhh! Chef Rashidi yang paling happening. Tak kisah kalau mintak nak bergambar dengan dia, yang penting kena sebut 'keledek'. Fakta benar: Bila sebut keledek, kita akan senyum. Haha! Ingat lagi masa Chef Rashidi nak keluar kitchen, dia bagitau 'Upload gambar yang dah ambil tu dalam Facebook. Tagged saya'. Haha!
~ Master Chef Sabri Hassan ~
Lagi satu celebrity chef yang ada di Malaysia. Menjadi pengacara Spice Route di TV3, Jom Rasa di TV1 dan banyak lagi. Master Chef yang ada pengalaman hampir dalam semua benda, dan minat utama Chef ni, hee, motor berkuasa besar. Seorang yang sangat baik, dan selalu bagi kata-kata semangat dekat peserta pertandingan memasak. Mementingkan persembahan dan kualiti makanan yang disediakan.
Tu semua Executice Chefs, Master Chef dan Chef yang sempat aku jumpa masa belajar di UPM. Haha! Tapi banyak lagi Chef yang aku nak jumpa nanti. Oo, namelist chef yang sangat panjang aku kena buat (ala-ala cakap macam Master Yoda dalam Star Wars, hee).
1 comments:
at: October 22, 2012 at 4:42 AM said...
Belajar kat upm ke? Course apa? Email detail course dekat saya boleh? sb_united258@yahoo.com ataupun mesej ke 0176146929
Post a Comment