Twitter

Content

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts
2 comments

:: semester berakhir ::

السلام عليكم

Sangat lama menyepi dalam blog. Ada idea nak buat blogpost baru, tapi belum masa lagi. Haha, mungkin ini masa yang sesuai kot. Dah rindu nak tengok pageview blog ni naik balik :]

Semester berakhir. Awal kot, tapi bagi aku jerk la haha! Apa pun, sepanjang satu semester ni, course yang paling best, course penyediaan dan penyajian makanan atau dalam ayat omputih "Food Production and Service". Tema untuk semester ni International Cuisine.

:: awesome classmates ::
36 pelajar - 2 lelaki 34 perempuan. Haha! Macam mana aku boleh masuk kelas food service pun ak tak tahu. Maybe aku malas belajar finance kot kalau aku masuk dalam kelas management.

:: Final Course - Herbs Poached Shrimps with Watermelon and Balsamic Sauce ::
Ada few things yang tak cukup dalam menu ni. Plain. Kat atas watermelon tu, patut ada orange segment. Disebabkan busy yang terlampau, terlupa nak buat. Haih..

:: Final Course - Pan Seared Sea Bass with Tamarind Sauce and Potato Brûlée ::
Lepas berbelas-belas kali aku jumpa dengan Chef untuk bincang tentang masakan apa yang senang untuk dimasak masa final, maka terhasillah course ni. Fusion antara Asian style dengan Western Style.

:: Final Course - Mango mix Vanilla Ice Cream ::
Haha! Nak mix dengan laici tapi masa final, dalam black box tu takde laici. Jadi, kitorang ambil keputusan guna mangga. Disebabkan ais krim ni buat on the spot (hee, tak main la beli ais krim. tak original bak kata lecturer aku), sangat la cepat cair. Terpaksa letak dalam Chinese Bowl instead of letak dalam sudu. Sigh! Chef Jo suka haha!

Tu semua masakan yang kumpulan aku masak untuk final examination. Nak dijadikan cerita, final exam course ni telah dijudge oleh somebody yang satu kelas tidak expect pun. Judge tu:
:: Chef Mohd Johari Edrus a.k.a Chef Jo (MasterChef Malaysia). Bergambar dengan Chef Jo selepas Pertandingan Kemahiran Memasak ::

Haha! Banyak yang aku belajar sepanjang belajar kat UPM ni. Ada yang baik, ada yang buruk. Keputusan di tangan sendiri, pilih yang mana sesuai. Kita ada akal untuk berfikir. Ye dak?

"It's funny. When you know someone, it's like you're taking one long course in who that person is and then when you separated all that stuff become useless."
How I Met Your Mother - Season 5
Read more »
0 comments

:: Greek Acropolis Luncheon ::

السلام عليكم

Sebelum ni aku ada post tentang Thai Cuisine, jadi untuk event yang seterusnya aku ingin kongsikan tentang makanan Greek yang aku ada la tolong sikit-sikit untuk main course.

Pertama sekali, event makanan ni akan berlangsung dua minggu sekali. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak rasa pengalaman makan makanan negara luar, bolehlah menabung untuk event ni dan seterusnya. Haha, aku tak menabung pun takpe sebab aku terlibat dalam event ni. Yang menariknya, pensyarah aku sendiri pernah rasa pengalaman makan makanan tu jadi insyaAllah kami akan masak sama macam pensyarah makan sebelum ni. Yang penting, ada Chef Kadir dan Chef Azhar yang akan jaga kami masak. Fuhh! Terbaik la! Sedap, murah dan yang utama berbaloi sebab dapat makan makanan luar negara.

Sedikit sebanyak sejarah tentang masakan Greek ni. Disebabkan Greek ni pernah ditakluki beberapa kuasa kuat sebelum ni contohnya Turki, Sepanyol dan sebagainya jadi masakan ni akan ada unsur-unsur negara luar tersebut.

untuk menu:

The Grand Opening! Mushroom a la grecque, Corn and greek salad.

The Marvelous Exposition! Shrimp,tomato and basil soup.

The Delightful Intermission! Lemon Sorbet!

The Centre Stage! En Papillote Chicken Breast with Stuffed Eggplant and Pilaf Rice.

The Happy Ending! Samolina Halvas and Lemon yogurt cake :)

*
kepada yang berminat, boleh hubungi nombor yang tertera dalam poster biru tu. Dan kalau boleh buat tempahan awal sebab tempat adalah terhad. Untuk tengok event ni lebih lanjut, bolehlah klik link ni : Greek Cuisine
Read more »
0 comments

:: Authentic Thai Cuisine ::


السلام عليكم

ada apa dengan tajuk ni? hee, nanti aku cerita lebih lepas tengok poster kat bawah ni okay.


Untuk semester ni, masih lagi ambil satu kursus yang ada kaitan dengan masakan. Nama: Kursus Penyediaan Makanan dan Perkhidmatan. Semester lepas dah ambil satu kursus dan hampir sama dengan kursus semester ni. Yang berbeza, semester ni pelajar yang masak dan pelajar jugak yang kena jual masakan tu. hee! Tak sama macam semester sebelum ni, lepas masak terus makan.

cerita lebih: setiap dua minggu akan ada tema dan menu yang baru pelajar kena buat. Jadi, untuk event yang pertama ialah Thai Cuisine. Seterusnya Bugis Cuisine, Spain Cuisine, Greece Cuisine dan etc. Untuk event pertama ni, kepada sesiapa yang berminat untuk makan masakan Thai yang pedas, sedap mengancam, masam, manis, bolehlah buat tempahan untuk tempat duduk. Bayar RM25 untuk 5 courses, appetizers sampai la ke dessert. Murah, sedap dan berbaloi!! haha!~

untuk menu:

Deep Fried Fish Cakes with Green Beans and Papaya Salad. A clean, white fish used to make the fillets combined with the sauce to give a not-too spicy flavors to customers. Served with fresh papaya with some roasted peanut on top to give crispiness.

Chicken, Coconut and Galangal Soup. Chicken slices combined with mushrooms, coconut milk and other ingredients will give you truly new experience in flavors.

Thai Chicken Green Curry with Stir Fried Mixed Vegetables served with white rice. Truly new sensation in flavors by introducing different curry paste than usual. A perfectly mouth-watering main course together with different vegetables in different sauces and stock. Served with white rice.

Black Sticky Rice. A must-have black sticky rice served with taro and hint of coconut milk to give extra flavors.

Mango Sorbet. A frozen dessert made from mango served with fresh mango and finished with mint leaves.

*kepada yang berminat boleh membuat tempahan awal dengan hubungi saya di 0133132117 atau Lih Jie di
0176199816 selewat-lewatnya hari Selasa minggu depan, 6hb Mac 2012. Event ni akan diadakan di L'apprenti Restaurant UPM berdekatan dengan Banquet Hall UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.

*untuk tengok event ni dalam Facebook, boleh klik Authentic Thai Cuisine.
Read more »
7 comments

:: Malam Gemilang Putra ::


السلام عليكم

Semalam, selesai sudah tugas hamba sebagai seorang ajk untuk makan malam kolej ataupun Majlis makan Malam Gemilang Putra. Err, maaf la ea. Pengaruh daripada cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Tugas hamba pada awalnya sebagai ajk cenderamata namun terpaksa ditukar ke bahagian teknikal.

Tempat : Pan Pacific Hotel, KLIA
Jam : 8 malam - 11 malam
Tetamu VIP : Timbalan Canseor Hal Ehwal Pelajar UPM dan sorang tetamu VIP jemputan.

Makanan : Sedap! Suka makan nasi dengan kari ayam.
Persembahan : Gempak! Ala-ala Anugerah Juara Lagu. Ikhlas ni =)
Tema : 1 Malaysia dalam suasana kampung. Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Keseluruhan : Terbaik! Tamat agak lambat sebab VIP kongsi cerita banyak.

Malas nak cerita banyak. Jadi tengok gambar yang aku sempat tangak.

KLIA. Salah satu tempat kegemaran aku. Dah jadi macam rumah kedua haha!

Dewan yang dah lama siap, tunggu tetamu sampai.

Tomyam, kari ayam dan teh o ais limau. Makan nasi putih dengan kari ayam =)

Pan Pacific Hotel KLIA. Salah satu hotel lapangan terbang yang popular di kalangan pelancong asing dan terbaik di dunia!

Seorang waiter/waitress ada kat setiap meja untuk memudahkan urusan.

Tetamu sampai, hampir 400 lebih pelajar tahun akhir di Kolej 13.

Persembahan gempak! Kualiti gambar tak lawa sangat sebab pakai kamera biasa.

Tetamu disajikan dengan makanan yang lazat.

Buah kegemaran yang aku suka makan. Ceri!

Penghujung Malam Gemilang Putra.

Hanya satu gambar untuk malam tu.
Read more »
5 comments

:: cat fish ::

This gonna be my first time to eat cat fish or in other Malay name, 'ikan keli'.
Ramai gak member2 ak ni agak kurang percaya dengan statement di atas, tp that's the true. Dalam hidup ak ni, tak pernah ak makan ikan selain drpd mr.kembung, mr.bilis n mr.selar. Maafla ek, ak ni peminat setia ayam goreng lor.

1st impression after dah makan, nice.! Tp ak tak suka part isi yg dkt dngn kepala ikan tu. So, pass kat member lain la ek. Ok2, smlm join member2 bakar ikan keli, 17 ekor.! banyak woo.!! Tp ak makan one and a half jerk. If ikan kembong, kompem ak mkn bnyk :P Makan ikan ni cicah kicap+bawang+cili hijau.! Agak pedas, tp nak makan gak, haha.! And to those yg 1st time nak makan ikan ni, you should give it a try, ok. Worthy.!

:: 17 keli, that's huge amount of fish ::

:: Close up ::

:: Makan time. Ak nyer ikan jerk special, xde kepala :P ::

:: End result, dude.! ::

Well friends, thanks for the new experience. But, this fish will never challenge my fav fish lor. I heart you, mr.kembung :D




Read more »
0 comments

:: makan malam bersama Bruneian ::


السلام عليكم
woo00!! Kali pertama aku lepak dengan pelajar Brunei yang belajar kat Semenanjung ni.
sifat teruja + lompat-lompat keriangan = senyum sampai ke telinga =D

Untuk makan malam, aku lepak kat restoran Chop and Steak Sri Kembangan. Duduk, terus pesan makanan. Apa lagi, perkataan yang keluar dari mulut "Bai, nak chicken chop satu!". Kebanyakan nenu restoran ni Western dan boleh la aku cadangkan restoran ni kepada sesiapa yang nak makan masakan Western. Harga murah tapi sedap!

Duduk dalam 10 minit, pelajar Brunei dari universiti lain datang. Lupa, aku pergi restoran ni dengan Anne dan Yonne. Nak sangat belanja aku makan sebab aku bagi pinjam tutorial financial. Haih. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh belanja lagi haha! Ada pelajar Brunei belajar kat Universiti Malaya, ada yang belajar di Kolej Islam dan ada yang sambung belajar Master! fuhh! Belajar jauh tu dari Brunei.

Lepas makan dan borak-borak dengan diorang, aku terus nak balik kolej. Tup-tup, pelajar Brunei yang ada dalam 7 orang tu bagi kek hari jadi untuk Yonne. Terkejut sebab tiba-tiba kek tu ada atas meja. Haha! Selamat Hari Jadi Yonne! Semoga selalu panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk masa hadapan!

:: Kek hari jadi Yonne ::

:: Dua orang berzodiak Scorpio ::

Pengalaman baru! Pelajar Brunei ni sangat baik hati, rendah diri. Walaupun aku ni bukannya orang Brunei, tapi diorang layan aku macam aku ni orang Brunei jugak. Yang menarik, aku ada kat bahagian tengah kat meja makan. Diorang cakap bahasa Brunei tapi satu pun aku tak faham. Tapi bila gelak, satu meja gelak. Macam mana tu! Haha!

*Terima kasih kepada Yonne dan Anne sebab belanja makan! Kenyang! =)
Read more »
0 comments

:: jalan-jalan cari makan ::

haha.!! now, i have my own show. jalan2 cari makan versi makan n blah :P
ok. next restaurant yang ak nak share after TGI FRiDAYS n Restoran Saba',
ialah Restoran A.M Tarbush. emm, kedai makanan arab, ala2 restoran saba'. and ni 1st time ak makan restoran arab kat kelantan.ok, admit that ak rasa memang takde restoran arab len kat sni.

one of the dishes yang ada kat sini. ak tak boleh nak comment banyak pasal restoran arab kat sini. sepanjang ak hidup sampai kat saat ni, juz 3 jerk restoran arab yang ak pergi. n every restaurants have their own specialties, right.? so. nama dish kat atas, nasi n ayam masak madu ( bm nyer, nama arab ak lupa :P ). harga untuk satu dish, tak mahal, still boleh afford untuk Malaysian. sedap tp tak sesedap restoran saba' kat cyberjaya. ayam, rating 2.5 out of 5. coz diorng tak stim dlu ayam ni. if stim, perghh.!! memang ak takkan bagi rating rendah la dude.

description about this restaurant. pemilik dia, orang Egypt. ak sokong usaha dia perkenalkan dishes Arab kat sini, n hope after this, ramai yg akan ikut step dia. Chef pun orang Egypt. apa yang unik kat restoran ni, menu will not be the same each day. which mean, there's something special every day at this restaurant. quite an impressive step you make, sir.!! pape pun, kepada sesiapa yang stop kat kota bharu, you guys should stop at this restaurant and have your meals here, ok.?
Read more »
0 comments

:: jalan-jalan cari makan ::

ok. sangat2 penat and malas sangat nak baca buku sekarang. so, let's ber'blog'ing.!! hehe.
first of all, damm you uspot!! ak xboleh nak bukak facebook n blog disebabkan ko dude.!! ak marah gila2 nih.! seryes ak marah.!! sangat2 marah kat ko.!! huh.!! terpaksa cari tempat lain nak online. dapat update fb n blog kejap pun, dah cukup berbaloi untuk ak coz..

when i loved myself enough, i came to love being alone, surrounded by silence, owned by its spell, listening to the inner space.

enough dengan quote yang ak jumpa dalam buku time ak lepak kat mph td. haha.!! tiba2 semalam timbul idea yang still boleh di'consider' as minat. ak nak makan kat semua kedai makan yang ada kat midvalley megamall.!! haha.!! list untuk restoran, ak dah setelkan. so, my next stop ialah tony roman's, or pancake house.! untuk lunch td, lepak kat TGI FRiDAYS, The Gardens.!! sangat2 besh, n ak suggest if nak lepak kat TGI, better lepak ramai2, besh sikit compared dengan ak yang lepak makan lunch sorang2 td, smbil tengok match bola :P

gambar kat atas ni, fish n chips. no milo ais, so minum lemon tea jerk. quite sedap, maybe next time nak makan lamb grill or chicken with mushroom soup. will be one of my favorite hang out place other than starbucks and coffee bean. before lepak kat tempat sama, better setelkan list restaurants yang sangat2 banyak, n kalau boleh nak jerk ak lepak kat semua restaurants hari ni gak. :P

enough for today yang amat memenatkan. promise untuk diri sendiri : stop buying clothes and hoodies, pok cek.!! haha.!! i will, myself :D
p/s : tak sabar nak balik umah atok esok..
Read more »
0 comments

:: Saba' Restoran ::


السلام عليكم
Musim Jalan-Jalan Makan dan Kenyang bermula! haha!
Aku nak kongsi satu restoran ni. Agak lama aku pergi restoran ni cuma sekarang baru berkesempatan nak bercerita panjang lebar tentang restoran ni. Silalah menjealouskan diri anda selepas baca post ni, hee.

Restoran Saba' ni terletak di Cyberjaya dan jarak dari UPM ke restoran ni cuma setengah jam. Aku nak terangkan kat mana restoran ni agak susah jadi sila tengok peta yang ada kat bawah ni.

Untuk tengok peta ni terang, jelas dan sewaktu dengannya, sila Google "Restoran Saba".

Aku kenal restoran ni pun hanya dalam blog. Agak ramai blogger yang berkongsi tentang kesedapan makanan kat restoran ni, jadi aku pun turut sama nak merasai pengalaman tu. Apa yang aku nampak, restoran tu sama macam restoran yang ada kat tempat lain. Masa awal-awal aku pergi restoran tu, kerusi dan meja plastik kot! Tapi sekarang pengurusan restoran tu dah tukar ikut status restoran Arab. Kerusi dan meja kayu, fuhh!

Restoran ni ramai pelanggan dan masa rehat tengah hari, pasti akan penuh. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak makan kat restoran ni, sila pergi masa orang tengah sibuk bekerja. Menu yang ditawarkan, ada masakan Arab dan juga masakan Western. Tetapi kebanyakannya makanan Arab. Pengalaman pertama ke restoran ni, baca menu pun boleh pening. Jadi, panggil waiter untuk terangkan menu dan berikan cadangan menu apa yang aku boleh pilih.

Dalam gambar: Chicken Hanith, Peach Barbican, Watermelon Juice dan Custard.

Harga satu pinggan nasi, dalam RM10 tetapi berbaloi! Sangat berbaloi sebab satu pinggan tu akan buat anda kenyang sampai malam. Dan tak lupa, nasi tu tak sama macam nasi yang kita selalu makan sebab restoran tu guna beras panjang, ala-ala beras Basmati. Panjang dalam 5 cm! Chicken Hanith sangat lembut, dah macam coklat. Melt in your mouth! Sama dengan satu menu lagi iaitu Chicken Kabsah.

*Kepada yang berminat, bolehlah pergi ke restoran Saba' ni dengan kawan atau keluarga. Apa yang aku nak syorkan untuk orang yang pertama kali makan kat restoran tu, beli yang quarter size untuk makan nasi sebab quarter pun belum tentu dapat habiskan haha!

Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita bukanlah satu kesalahan yang besar

Something

“Don’t waste your energy worrying about the things you can’t control. Take a step back and look at the things that are in your control and be thankful for what you have instead of wanting what you don’t have. It’s all about perspective.”

Followers