Twitter

Content

Sunday, June 13, 2010

:: marah ::


السلام عليكم

Sebenarnya dah agak lama sangat aku tak ada perasaan marah. Tapi apa yang aku boleh kongsikan, setiap kali aku drive kereta, pasti akan terus ada perasaan tu. Jadi nak elakkan daripada ada perasaan marah, aku cuba kurangkan drive kereta.

Nak kawal perasaan marah ni sangat susah, tapi aku masih cuba untuk kuranglan perasaan tu. Sifat marah tu sebenarnya datang dari sifat ego. Apa yg aku faham, sifat ego ni ialah satu sifat yang tak nak mengalah bila ada masalah. Sifat yang merasakan diri sendiri yang betul dan apa yang orang lain buat adalah salah. Dan sifat ni merupakan satu sifat yang menyebabkan seseorang tu susah sangat nak minta maaf.
*itu pandangan aku mengenai perasaan ni.

Aku ingin kongsikan pandangan NurJeegan dalam blog beliau:
http://nurjeehan.hadithuna.com. Terima kasih kepada tuan blog ni yang sudi berkongsi maksud dan cara nak hilangkan marah.

Pada pandangan beliau, marah berasal dari sombong. Lagi besar ego seseorang, lagi besar marahnya. Ini juga berkaitan dengan pangkat atau kedudukan. Lagi tinggi kedudukan, pangkat dan sewaktu dengannya, lagi tinggi ego n marahnya. Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Maha Esa mahu melihat betapa sabarnya kita dan malunya kita kepada Maha Esa dengan selalu mengucapkan:
"inna lillahi wainna lillahi raji'un".

Betul apa yang dikongsikan oleh beliau. Menerima seseorang dengan seadanya merupakan satu tindakan yang bijak untuk mengatasi masalah ni. Menerima dan diterima adalah aspek penting dan jika salah satunya tidak dilakukan sudah pasti akan ada masalah yang timbul. Tidak semua manusia di muka bumi ini sempurna, cukup sifat dan perangai kecuali para Nabi, Rasul, Malaikat dan seangkatan dengannya. Melakukan kesalahan adalah normal kerana kita ialah manusia.

Belajar dari kesilapan yang telah dilakukan dapat mematangkan diri kita walaupun akan ambil masa yang lama. Dan itu merupakan satu proses pembelajaran, bermaksud kita akan ingat tentang kesalahan yang pernah kita buat sebelum ini dan dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sama.

Langkah untuk menghilangkan marah :
- Malu dengan Maha Pencipta atas segala tindakan yang kita lakukan.
- Bila timbul rasa marah, selalu ingatkan diri bahawa kita ini hanyalah manusia hina.
- Berdiam diri dan berdoa agar selamatkan kita dari perasaan marah.
- Ambil wudhu' kerana ia dapat melembutkan hati yang sedang marah.
- Tidur jika tidak dapat kawal marah. Perasaan tu akan hilang bila kita bangkit dari tidur.

Kalau kita bersalah kita tidak suka dimarahi maka begitulah juga orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegur dengan lemah lembut dan kasih sayang. Apabila datangnya marah, apabila anda sedang berdiri, duduklah dan sekiranya duduk, maka bersandarlah.

Pesanannya, orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpul di dalam gua, asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api membakar kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyirammnya, maka air penyiram itu akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita bukanlah satu kesalahan yang besar

Something

“Don’t waste your energy worrying about the things you can’t control. Take a step back and look at the things that are in your control and be thankful for what you have instead of wanting what you don’t have. It’s all about perspective.”

Followers