Twitter

Content

Friday, June 11, 2010

:: Saba' Restoran ::


السلام عليكم
Musim Jalan-Jalan Makan dan Kenyang bermula! haha!
Aku nak kongsi satu restoran ni. Agak lama aku pergi restoran ni cuma sekarang baru berkesempatan nak bercerita panjang lebar tentang restoran ni. Silalah menjealouskan diri anda selepas baca post ni, hee.

Restoran Saba' ni terletak di Cyberjaya dan jarak dari UPM ke restoran ni cuma setengah jam. Aku nak terangkan kat mana restoran ni agak susah jadi sila tengok peta yang ada kat bawah ni.

Untuk tengok peta ni terang, jelas dan sewaktu dengannya, sila Google "Restoran Saba".

Aku kenal restoran ni pun hanya dalam blog. Agak ramai blogger yang berkongsi tentang kesedapan makanan kat restoran ni, jadi aku pun turut sama nak merasai pengalaman tu. Apa yang aku nampak, restoran tu sama macam restoran yang ada kat tempat lain. Masa awal-awal aku pergi restoran tu, kerusi dan meja plastik kot! Tapi sekarang pengurusan restoran tu dah tukar ikut status restoran Arab. Kerusi dan meja kayu, fuhh!

Restoran ni ramai pelanggan dan masa rehat tengah hari, pasti akan penuh. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak makan kat restoran ni, sila pergi masa orang tengah sibuk bekerja. Menu yang ditawarkan, ada masakan Arab dan juga masakan Western. Tetapi kebanyakannya makanan Arab. Pengalaman pertama ke restoran ni, baca menu pun boleh pening. Jadi, panggil waiter untuk terangkan menu dan berikan cadangan menu apa yang aku boleh pilih.

Dalam gambar: Chicken Hanith, Peach Barbican, Watermelon Juice dan Custard.

Harga satu pinggan nasi, dalam RM10 tetapi berbaloi! Sangat berbaloi sebab satu pinggan tu akan buat anda kenyang sampai malam. Dan tak lupa, nasi tu tak sama macam nasi yang kita selalu makan sebab restoran tu guna beras panjang, ala-ala beras Basmati. Panjang dalam 5 cm! Chicken Hanith sangat lembut, dah macam coklat. Melt in your mouth! Sama dengan satu menu lagi iaitu Chicken Kabsah.

*Kepada yang berminat, bolehlah pergi ke restoran Saba' ni dengan kawan atau keluarga. Apa yang aku nak syorkan untuk orang yang pertama kali makan kat restoran tu, beli yang quarter size untuk makan nasi sebab quarter pun belum tentu dapat habiskan haha!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita bukanlah satu kesalahan yang besar

Something

“Don’t waste your energy worrying about the things you can’t control. Take a step back and look at the things that are in your control and be thankful for what you have instead of wanting what you don’t have. It’s all about perspective.”

Followers