Twitter

Content

Monday, November 8, 2010

:: makan malam bersama Bruneian ::


السلام عليكم
woo00!! Kali pertama aku lepak dengan pelajar Brunei yang belajar kat Semenanjung ni.
sifat teruja + lompat-lompat keriangan = senyum sampai ke telinga =D

Untuk makan malam, aku lepak kat restoran Chop and Steak Sri Kembangan. Duduk, terus pesan makanan. Apa lagi, perkataan yang keluar dari mulut "Bai, nak chicken chop satu!". Kebanyakan nenu restoran ni Western dan boleh la aku cadangkan restoran ni kepada sesiapa yang nak makan masakan Western. Harga murah tapi sedap!

Duduk dalam 10 minit, pelajar Brunei dari universiti lain datang. Lupa, aku pergi restoran ni dengan Anne dan Yonne. Nak sangat belanja aku makan sebab aku bagi pinjam tutorial financial. Haih. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh belanja lagi haha! Ada pelajar Brunei belajar kat Universiti Malaya, ada yang belajar di Kolej Islam dan ada yang sambung belajar Master! fuhh! Belajar jauh tu dari Brunei.

Lepas makan dan borak-borak dengan diorang, aku terus nak balik kolej. Tup-tup, pelajar Brunei yang ada dalam 7 orang tu bagi kek hari jadi untuk Yonne. Terkejut sebab tiba-tiba kek tu ada atas meja. Haha! Selamat Hari Jadi Yonne! Semoga selalu panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk masa hadapan!

:: Kek hari jadi Yonne ::

:: Dua orang berzodiak Scorpio ::

Pengalaman baru! Pelajar Brunei ni sangat baik hati, rendah diri. Walaupun aku ni bukannya orang Brunei, tapi diorang layan aku macam aku ni orang Brunei jugak. Yang menarik, aku ada kat bahagian tengah kat meja makan. Diorang cakap bahasa Brunei tapi satu pun aku tak faham. Tapi bila gelak, satu meja gelak. Macam mana tu! Haha!

*Terima kasih kepada Yonne dan Anne sebab belanja makan! Kenyang! =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita bukanlah satu kesalahan yang besar

Something

“Don’t waste your energy worrying about the things you can’t control. Take a step back and look at the things that are in your control and be thankful for what you have instead of wanting what you don’t have. It’s all about perspective.”

Followers