Twitter

Content

Friday, November 18, 2011

:: Jumaat penghulu segala hari ::

السلام عليكم

hari Jumaat tiba lagi, dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas, menikmati hidup yang telah Maha Esa ciptakan. diari hidup aku masih panjang dan aku akan gunakan apa yang aku ada sekarang sebanyak yang mungkin. "Lets make it the best day ever because you will never know what will happen tomorrow".

apa yang menarik tentang hari Jumaat?
1. Jumaat dinamakan sebagai 'Saiyyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari.
2. Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat.
3. Pada hari inilah Adam diciptakan oleh Maha Esa dan pada hari yang sama Adam dikeluarkan dari syurga ke bumi.
4. Pada hari ini juga kiamat akan berlaku.
5. Pada hari ini juga tidaklah seseorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.
sumber: Lakaran Kata

sangat banyak maksud tersirat yang ada pada hari Jumaat. sebagai kaum Adam, pada hari inilah adanya solat Jumaat yang hanya dilakukan sehari seminggu pada hari Jumaat. khutbah dan solat dua raka'at menggantikan solat Zohor.


teringat semasa berada di Labuan. pergi ke masjid untuk solat Jumaat. awal, azan Zohor jam 12. dan itu kali pertama aku mendengar khutbah selama 15minit dari awal sampai akhir. Mukmin dalam 40 lebih. Dah sampai kat rumah, cepat-cepat 'on' tv. haha! baru azan di Semenanjung bah.

1 comments:

Aniz says:
at: November 18, 2011 at 6:36 PM said...

terus cakap kat diri sendiri..."renung-renungkan dan selamat beramal" hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita bukanlah satu kesalahan yang besar

Something

“Don’t waste your energy worrying about the things you can’t control. Take a step back and look at the things that are in your control and be thankful for what you have instead of wanting what you don’t have. It’s all about perspective.”

Followers