Twitter

Content

Sunday, July 1, 2012

:: semester berakhir ::

السلام عليكم

Sangat lama menyepi dalam blog. Ada idea nak buat blogpost baru, tapi belum masa lagi. Haha, mungkin ini masa yang sesuai kot. Dah rindu nak tengok pageview blog ni naik balik :]

Semester berakhir. Awal kot, tapi bagi aku jerk la haha! Apa pun, sepanjang satu semester ni, course yang paling best, course penyediaan dan penyajian makanan atau dalam ayat omputih "Food Production and Service". Tema untuk semester ni International Cuisine.

:: awesome classmates ::
36 pelajar - 2 lelaki 34 perempuan. Haha! Macam mana aku boleh masuk kelas food service pun ak tak tahu. Maybe aku malas belajar finance kot kalau aku masuk dalam kelas management.

:: Final Course - Herbs Poached Shrimps with Watermelon and Balsamic Sauce ::
Ada few things yang tak cukup dalam menu ni. Plain. Kat atas watermelon tu, patut ada orange segment. Disebabkan busy yang terlampau, terlupa nak buat. Haih..

:: Final Course - Pan Seared Sea Bass with Tamarind Sauce and Potato Brûlée ::
Lepas berbelas-belas kali aku jumpa dengan Chef untuk bincang tentang masakan apa yang senang untuk dimasak masa final, maka terhasillah course ni. Fusion antara Asian style dengan Western Style.

:: Final Course - Mango mix Vanilla Ice Cream ::
Haha! Nak mix dengan laici tapi masa final, dalam black box tu takde laici. Jadi, kitorang ambil keputusan guna mangga. Disebabkan ais krim ni buat on the spot (hee, tak main la beli ais krim. tak original bak kata lecturer aku), sangat la cepat cair. Terpaksa letak dalam Chinese Bowl instead of letak dalam sudu. Sigh! Chef Jo suka haha!

Tu semua masakan yang kumpulan aku masak untuk final examination. Nak dijadikan cerita, final exam course ni telah dijudge oleh somebody yang satu kelas tidak expect pun. Judge tu:
:: Chef Mohd Johari Edrus a.k.a Chef Jo (MasterChef Malaysia). Bergambar dengan Chef Jo selepas Pertandingan Kemahiran Memasak ::

Haha! Banyak yang aku belajar sepanjang belajar kat UPM ni. Ada yang baik, ada yang buruk. Keputusan di tangan sendiri, pilih yang mana sesuai. Kita ada akal untuk berfikir. Ye dak?

"It's funny. When you know someone, it's like you're taking one long course in who that person is and then when you separated all that stuff become useless."
How I Met Your Mother - Season 5

2 comments:

Haiza says:
at: August 11, 2012 at 10:55 AM said...

2 lelaki dalam satu kelas. fuiyoooo. mmg lelaki dah nak pupus nih. haha

Anonymous
at: October 22, 2012 at 4:31 AM said...

Bro belajar kos seni kulinari di Universiti Putra Malaysia eh? Setahu saya seni kulinari ada di uitm je?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita bukanlah satu kesalahan yang besar

Something

“Don’t waste your energy worrying about the things you can’t control. Take a step back and look at the things that are in your control and be thankful for what you have instead of wanting what you don’t have. It’s all about perspective.”

Followers