السلام عليكم
Sangat cepat masa berlalu. Sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru Islam 1432Hijrah pada 6 November lepas. Rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambut Aidiladha tahun ni.
Yang seronoknnya, dapat sambut raya tahun ni di Kelantan. Haha! Tahun lepas sambut raya kat Mid Valley. Pensyarah UPM buat test malam raya tu. Dah biasa beraya di perantauan, jadi bukan masalah besar pun sebenarnya. Hari Sabtu ada kelas ganti. Konklusi, naik bus lepas habis kelas ganti tu, sampai Kelantan pagi raya!
Apa yang aku nak sampaikan dalam post ni ialah ada apa dengan Aidil Adha atau dalam bahasa lain "Eid al-Adha". Apa yang aku faham, sambutan hari raya ni untuk mengingatkan kita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail kerana menurut perintah Allah. pengorbanan itu sangat besar sehingga Allah menyuruh Nabi Ibrahim menggantikan anaknya yang akan dijadikan korban dengan seekor biri-biri. banyak yang kita boleh belajar mengenai sambutan ni, dan apa yang aku cadangkan, GOOGLE, haha!
*kelas hari Sabtu dari pagi sampai petang. Penat berdiri dalam kelas. Tertidur dalam Star lrt sebab penat yang melampau, haha!
2 comments:
at: November 14, 2011 at 11:53 AM said...
tertido!! nasib baik tak terlepas stesen...phewww
at: November 16, 2011 at 7:28 PM said...
tau xpe. i got lucky that day kot. tido sambil berdiri tu, haha!
Post a Comment